Mengenali Perubatan Homeopathy


Mengenali Perubatan Homeopathy

Zarraz adalah pusrah yang berdaftar di bawah Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia dipantau oleh Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Zarraz menjadi pilihan dan pusat sehenti bagi rawatan kesihatan Keluarga, Wanita & Kanak-kanak.
Tiga (3) orang Homeopath bertauliah iaitu Doktor-doktor Homeopathy yg terlatih dengan Majlis Akademi Homeopathy Malaysia,di bawah Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM 1962) sebelum wujudnya Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS).
1. DrHomeopathy Kirana banyak menangani kelainan anak termasuk Autisme, Sindrom Down, lembam, Add, Adhd serta keperluan khusus.
Beliau mempunyai pengalaman luas pada usianya masih muda berkat ketekunan beramal serta banyak menadah ilmu dengan guru tua.
Sebelum kami membangunkan Zarraz Medicare, DrKin (panggilan glamour) giat keluar masuk ratusan pesakit di kampung terpencil di Beluran Sabah, Kapit Sarawak, Patani Selatan Thai, Medan Sumatera dan Balikpapan.
Beliau turut giat mengembangkan “Perawat Desa ala Bidan Kampung” melalui Perguruan Tusuk Jari sekaligus Tenaga Pengajar di Zarraz.
2. Doktor Homeopathy Ummu Hani mmg kecil orangnya, tetapi byk pengalaman. Beliau mendapat banyak pengalaman dan tunjukajar oleh bapanya sendiri DrHomeopathy Hassan Salleh yg telah mengasaskan dan merawat ribuan pesakit di Klinik Homeopathy Hassan di Kompleks PKNS Bangi sejak 35tahun yang lalu.
DrHomeopathy Hani juga berkebolehan dalam rawatan Tusuk Jari, Bekam Muslimah dan Al-Fashdu.
3. Saya sendiri Suraya Ariffin yg dipanggil Dr.Aya, Cik Aya, Kak Aya, atau Nenek Doktor oleh pesakit2 klinik ini. Selain dari perubatan Homeopathy saya juga merupakan seorang Naturopath yang turut mengintegrasikan rawatan homeopathy dengan At-Tibun Nabawi kerana tugas saya menangani pesakit2 kronik yg turut memerlukan pengisian spiritual dan emosi.
Silakan ke Klinik Zarraz. Kami mengalu-alukan kedatangan anda utk rundingcara, nasihat kesihatan mahupun rawatan.
# Kembali Kepada Fitrah. Kembali Ke Jalan Sunatullah.